Pages

Tuesday, March 15, 2011

Nak anak comel macam ini budak!

Err. Kejap, Kejap..

Memang la niatnye tadi nak buat assignment,tapi syok pulak tengok video ni. Gewam sangat tengok budak kecik ni.. Kalau dia ade depan aku, mau cubit2 pipi dia. Eeeee. (nnt tym ngandung frame kan gambar budak ni biar terkenan) haha

..Okie..

Itu merepek.

Nah, tengok eyhh budak ni. Anda pasti menyukainya.

Err Kejap. Tapi macam kena kawen dengan muka macam Aamir khan la kan baru dapat anak muka macam gini? Haha,

Takde tajuk

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Sihat?  Aku sihat. Alhamdulillah. (dan sakit perut setiap kali makan itu sudah menjadi normal kot) hehe..

Erm, korang kalau demam ke,sakit tekak ke jumpalah doktor ye. Jangan takut atau cuak berhadapan dengan doktor handsome pil-pil ye? hehe..


Err. Err..

Sakit hati?

Oh, selawat la di dalam hati berulang kali.. hehe. *Nah,gaviscon! ilangkan pedih hati. =p

Okie, setelah sekian lame menyepi di tepi titi, aku hadir membebel seorang diri.. tak pa la kalau depa pun macam tak da hati membaca luahan hati ku ini.. Cheiwahh. *sila baca ikut tempo "i"*

Nak share la aritu pegi PICC. Name manje untuk Putrajaya International Convention Centre. Okie,buat ape ye di sana?

Buat derk je.


- Okie-
.Itu tidak kelakar. Menjelikkan.

Sebenarnya aku ke sana adalah untuk menyaksikan Pidato Antarabangsa BM. Datang pukul 8 lebih dan oh sangat ramai giler bangat eyhh!

Cameraman sane sini. Oh, aku dan member da tak tahu nak buat ape.

Kerusi semuanya da penuh. Dengan mata yang rabun, aku gigih konon2 meninjau kerusi2 yang kosong.

"Err,kak ade kerusi kosong tak ye? *muka meraih simpati. (segan eyhh.)


"Kejap ye,akak cari.

----------->>>setelah beberapa minit <<<--------


Akak tu pun da ke mana, aku pula still berdiri macam nak tunggu bas. Aku rasa akak tu mesti stress sebab bukan aku sorang je tanye kerusi kosong. haha.

Tetibe nampak 2 kerusi kosong. Huh, satu kerusi da ade orang cop. Satu lagi tempat cameraman.

"Bang,kerusi ni nanti nak buat duduk eh?

*aku tahu. aku tahu tu soalan budak pandai. Ye, aku tahu.*

Dan mujur abang tu hanya senyum,. Mujur dia tak baling camera mahal dia kat aku. Oh, sudah pastinya jatuh saham kalau penyokong negara Bangladesh tengok. Huk aluhh.


Kalau dolu2 pertandingan pidato antarabangsa BM ni aku tengok kat uma. Kat tv je..

Hah, kali ni tengok live eyhh (walaupun duduk di tepi tangga). (=_+)


Tapi, best!!

Alhamdulillah, peserta dari Malaysia mengungguli kejuaraan. Peserta dari U aku eyhh. Senior debat juga. Alhamdulillah. Itu untuk kategori Nusantara. Untuk kategori Antarabangsa pula dimenangi oleh peserta dari Turki. Konpiden je kan sebut Agi idup agi ngeladan..hehe. Tapi,best!

Oh, dalam keramaian manusia, aku terpandangkan seorang manusia. Wajah hampir sama. Aku mengecilkan mata. (kot2 manusia tu perasan aku mengenyitkan mata, itu bukan salah aku sebabnya bila da rabun automatik mungkin mata akan seperti terkenyit-kenyit. Oh, itu bukan kecacatan. Itu style namanya.

Dan aku tak harap manusia itu adalah dia sebab err. memang tak nak sertakan sebab la. Boleh cenggitu? haha. Okiela, nak sambung membuat assignment. Wahh, gitu pulak dan dan je rajin kan? hehe

Oh ya, sebelum terlewat. Hye incek Acer.. Salam perkenalan.. Semoga awak setia dengan saya setiap saat. Err. Kepada incek Compact, kenapa di saat saya menerima incek Acer ni baru lah hai awak nak hidup eyhh? Takpe,curang is wonderful. Pheww!! Haila haliaaa..=) 

Saturday, February 19, 2011

Apa nak jadi? Apa nak jadi? (Dato' S.M Salim)

Assalamualaikum dan halu halu! =)

Erm hari ni sedikit relax walaupun baru balik latihan teater. Alhamdulillah, kek batik dan bubur sosej kami habis dijual. =)

Bukan. Bukan da taknak belajar lagi dah. Tapi ni penjualan untuk subjek kitorang.. Asas keusahawanan. Best gak bisnes2 ni. Aku suka, lagi2 bila orang hulur duit bayar. Dia makan, dia beli lagi. Pastu dia promote kat 5, 6 orang kawan dia. Hehe.

Ohh,sebenarnya kan. Aku baru je terbaca ini cerita. *sambil makan buah jambu air yang aku petik kat pokok dekat kolej sebelah ni. Manis! MUJUR.MUJUR. takde orang laki nampak aku ngan member aku memetik buah jambu tadi. Haritu saham da jatuh coz ada dua mamat nak ke kelas nampak kitorang tergedik2 memetik jambu. *huh, pedulikan. Demi tekak2 kami terchenta. hehe.. Lagipun akak Indon yang tengah menyapu kat kawasan pokok jambu tu tak kisah kitorang amek. (*yela,sebab bukan akak tu yang tanam pokok tu)

Okie,berbalik kepada perihal aktiviti membaca amalan mulia tadi. Ha kan,tadi kan setelah sekian lama tak bukak metro online,akhirnya mata i terbeliak @_@ bila baca citer frontpage dia.

http://www.hmetro.com.my/articles/Suamipilihpondan/Article/artikelMA

“Bukan setakat itu saja, suami juga menyatakan pondan berkenaan mampu melayan dirinya lebih baik daripada saya dan itu yang membuatkan saya kecewa serta patah hati dengan suami,” katanya.

Ngeri kan?

Apela nak jadi dengan dunia sekarang ni. Melihatkan nisbah antara lelaki dan wanita, ditambah pula dengan kes2 sebegini...Oishhh!

Saturday, February 5, 2011

Dan bila esok..(balik U kembali)

Salam.. Halu Halu Halu..

Saya nak balik esok.. Huhu.

Sebelum tu,

Phuuuuhh..!

Lega, dapat jugak tiket untuk balik U. Ingatkan dah kehabisan! Nasib baik ada lagi. Hehe. Syukur alhamdulillah, Allah permudahkan. Pagi2 lagi dah bangun. Tiket punya pasal. Bukan excited sangat nak pergi kuliah,tapi memang kena excited eyh coz petang Isnin tu ada exam eyh! Mau nya tak nak balik kan?

Haishh, dari petang tadi dok bunyi mercun. Bom kebabom gitu bunyinya. Yela, kan ngah raya cina ni. Gong Xi Fa Chai! Wah, sempat lagi I menjenguk pintu ni melihat keindahan langit dihiasi warna-warni bunga api. Chantek!!


Okay2. Sambung balik perihal tiket tu eyhh. Oh ya, seawal jam 8 lebih pagi lagi aku n ibu bersiap2 nak ke stesen bus. Kejarkan tiket. Cuak oh kalau benar2 dah kehabisan.

Ibu dah siap, aku baru nak gosok tudung. Terkial2 kejarkan masa. Ibu dah tunggu dalam kereta.

"Nak beli tiket je, siap gitu2 jela"

Oishh,tudung renyuk sejuta kot..dengan pantas aku menggosoknya. Okay siap! terus masuk kereta. Ibu drive ala2 Syamsul Yusof dalam Evolusi Drift. Cheih, apa kaet ngan mamat ni eyh? haha. (padahal tak minat)


Sampai je kat kaunter, amoi tu ngah hadap cermin. Belek muka. Haiyoh,ni nak bermakeup ke nak jual tiket amoi aa? Err,tapi aku tak luah. Dalam hati je.


Pang pung pang pung *bukan bergaduh. Tapi order 3 keping tiket. (Untuk 2 lagi sahabat saya yang cun oh)

Okay,berehh! dapat juga tiket. Pukul 9 pagi: Ahad!

*Berbaloi I mandi dan lawa2 pagi2* Cheihh

"Nak beli barang2 kat shopping mall jugak ke?"

Memandangkan time tu shopping mall pun tak bukak lagi, so aku membeli barang2 yang dah abez kat kampus tu kat kedai runcit jela.

Ha,tapi sebelum tu singgah dulu kat pasar tani. Cari bahan2 mentah nak masak untuk dibawa esok. Tadda! akhirnya sepakat membeli bahan2 nak masak daging black pepper, sambal terung dan sambal ijau.Ohh, kena cari guni! Guni untuk MTSR..huhu. Okay, gigih tanya tokeh2 kedai ada ke tak guni. Akhirnya jumpa pun 4 guni. Berehh. Barang2 yang nak dibeli pun dah dapat. *Lega.

Balik je tiba2 aku macam nak praktikkan balik cara2 nak buat puding roti masa lepak2 kat rumah makcik 2 hari lepas. Cewahh.


Nasib baik daya ingatan masih berjalan lancar. Hehe. Nah, inilah hasilnya. Huhu



Menggigil gak tangan nak buat corak2 . haha


Rasanya? Hmm,boleh lah. Tapi tak sesedap makcik aku buat lah tapinya. Huhu. Takpe2,cuti akan datang mesti kena buat lagi sedap daripada makcik aku buat okay? *kata2 semangat sendiri untuk diri sendiri* hehe.

Eh2, okaylah. Nak tengok Serasi Bersama. Daa~~

^_*

Thursday, February 3, 2011

Riang ria bersama si cilik Whiskas!

Hari ni duduk rumah, tak gi mana2 layan anak2 kucing yang comey! Name mama terchenta anak2 kucing tu Cing Comey. Haha. Sweet tak? Tu name pemberian aziQ and esha.. Cing Comey ni baru beberapa minggu melahirkan 5 ekor anak. Comey! Alahai, gewamm.. (sebut dengan nada yang gedik)

Pheww,name anak2 kucing ni meletup gitu.

Christiano Ronaldo a.k.a CR

Beckham

Gerard

Messi

Kaka

Nah, tengoklah keletah2 si manja ni. ;)







Ni Messi..dia suka tido dengan penuh gaya..














Tuesday, February 1, 2011

Apabila perut dan tekak rasa disayangi ;)

Cheih, geli la ayat atas tu. Tukar ! Tukar! haha.


La, apa yang gelinya? Okeh je.. Bukan ayat jiwang apa pun. Ye tak? haha. Tak terasa tak terasa.


Skang ni ngah cuti raya cina. So, heaven la kan.
Home sweet home la katanye. =)


Nak tahu tak, hampir 100% impian tekak dan perut aku ni nak tercapai.


Lewat  malam aritu, balik2 je time jenguk dapur ada pecal dan
sambal belacan mangga!
Tak ke rasa macam nak menjerit gedik bila nmpak makanan feveret tuh? Haha.


Then, esok paginya bangun2 je lagi rasa macam nak menangis tersedu-sedan bila bukak je tudung saji,
nah..ada cucur udang dengan sambal hijau yang kaw2 sedapnya!
Makanan tengahari pula, wah.. asam pedas batang keladi!



Time makan tengahari tu, aku saje je luah perasaan ngidam aku kat ibu.

"Bu, kalau ibu rajin nanti ibu beli barang2 bubur cha cha eh.
Kita nak buat la bu. Ngidam."

Tup. Tup. Petang tu ibu gi kedai dan taddaaaa.
Kat atas meja tu dah ada barang2 nak membuat bubur cha cha.
Horeyhh!

Lantas, aku pun terus je kan. Dan2 je buat bubur cha cha tu. Boleh la rasanya. Kiranya kalau ada orang rasa, takdelah ibu aku segan aku ni yang buatnya. Hehe.


Mesti korang nak bukti yang aku buat kan? Yela, cakap je boleh la. Jiran sebelah buat, then ngaku buat sendiri pun boleh. Tapi, serius la. Haish, mengenangkan si dia buat hal kan? Dan bukti2 pun ada di dalamnya. So, takde rezeki la korang nak tengok hasil masakan bubur cha cha aku tu. Ehehe.


Oh, dan hari ni. Aku lepak la umah makcik aku kat Bandar Tenggara ni.
Fuh, lagi lah heaven tekak dan perut aku ni.


Memang tak pandang kiri kanan la kan bila ada ikan patin masak tempoyak dan sup tulang! Pulak tu pekena sambal kicap yang kaw2 pedasnya!  Ha, nampak tak kebahagiaan yang terpancar tu? Haha.

Then, petang tadi pisang goreng pulak tu yang menyinggah kat tekak ni. Sangat la terisi impian aku slepas mengidam nak makan pisang goreng ngan sambal kicap kat U tu.


Then, terharu sangat la coz tadi ngah lepak2 ngan makcik aku,aku suggest la kan page KONGSI RESEPI kat Facebook tu, tengah tengok2 page tu, aku pun luah lah perasaan ngidam aku nak makan puding roti.


WhoAaa, dan2 je tadi time kluar makcik aku beli barang2 nak buat puding roti. Dan skang aku kekenyangan makan puding roti tu. Sedap! Aku dah tahu resepinya, nanti aku nak wat sendiri pula.
Kita tengok ajela apa rasanye kan. Hehe.

(pencinta makanan sangat kan?) huhu.






Bila dia buat hal lagi

Salam dan hye2! hye! (senyum. tapi tak berapa nak lebar pun senyumnya)

Okay memandangkan hati tengah merintih pilu, jiwa bergelora, hati tak keruan, namun aku gigihkan jua untuk mengupdate blog ni. Lama sudah kan tak merepek2 kat cni? *berdiri di atas pentas sambil menghalakan mic ke arah penonton.

Uol rindukan i tak...?!

*Booooo...

Okay2. stop verangan. hehe

Sebenarnya kan, aku ngah sedih tau. Sedih sebab kenapa dia buat aku macam ni huh? Kenapa semua spesis dia mesti tak setia dengan aku? Tak penyayangkah aku? Tak caringkah aku? Aku tak sanggup hidup dengan dibelenggu masalah sebegini. Okay, aku nak panjat pokok. (eleh, pokok taugeh je pun). Aku nak panjat, pastu terjun. Okay? Cukup gedik tak kalau macam tu? Ehe. (pahala dah cukup ke nak masuk syurga?) Ouch, pedih ulu hati.

Aku ingat bila aku dah ada dia, aku boleh hidup lama dengan dia. Boleh membahagiakan aku. Boleh menemani aku ke mana-mana sahaja. Aku punyalah dah sayang giler (tapi tak jugak sampai giler). Hari2 aku hadap dia. Tu yang rasa sayang makin menebal tu.

Tapi, tup2. Kau buat hal lagi.

APa kes?!

(marah benar gayanya nih) Oishh..


Dulu, lepas kau buat hal,kau kecaikan tubuh kau, aku sanggup terima. Aku tahan tangisan aku. Aku chill je...
Sebab aku tahu.. Kau akan boleh kekal lama dengan aku. Tapi, entahlah. Aku mula rasa yang kau ni dah tawar hati dengan aku. Aku try on kau, kau taknak hidup2.



Aku tahu lah kau kecil hati dengan aku masa aku secara tak sengaja terjatuhkan kau time kau dalam kocek aku dulu. Yela, bukan aku sengaja pun nak jatuhkan kau dari spinning top kat times square dulu tuh. Serius,kalau aku dah tak sayang kau pun, bukan sekejam itu untuk aku menghindarkan kau daripada hidupku. Dah memang time tu pun aku kecut perut pejam mata naik spinning top tu....



Dan sekarang, aku harap sangat kau boleh bernafas semula. Plis... Ingatlah balik kenangan kita bersama.. Kau sayang aku. Aku sayang kau. Cheihh. Eh tak, aku tak main2.