Pages

Thursday, December 16, 2010

Mimpi Vs Jodoh

Salam...

Setelah beberapa hari malas mengupdate blog, pagi ni terasa pula nak merajinkan diri.
Ehehe.

Motif? Yeah bermotifkan mimpi yang interframe kat dalam mimpi aku pagi2 buta. Err. Tak sure dalam pukul berapa. Tapi endingnya beberapa minit sebelum bangun suboh.

Oishh.

Err. Macam mana aku boleh mimpi orang yang aku pernah crush huh? Elok pula mimpi pagi2 buta aku bersiap2 pakai baju kurung, kurung biru gitu. Dalam mimpi tu, aku beria2 tanya pendapat ibu aku okie ke tak kurung biru tu. *Sebab, realitinya aku tak bape minat pakai kurung biru.

So, entah macam mana time tu bersiap hendak ke masjid. Yeah ke masjid. Sorang2 pula tu. Oh, time tu maghrib. Aku pun kuar pagar dan jalan sorang. Tapi dalam mimpi tu, aku berada kat persekitaran umah atok aku. Ngah jalan cepat2, aku konpius sme ade nak belok kanan ke kiri. Then, aku terserempak lah dengan  sorang adik perempuan ni. Time tu rushing kot coz aku rasa macam dah terlambat je nak solat berjemaah nanti. So, aku tanya adik tu. Antara masjid belah kanan and kiri, mana yang lagi dekat? Adik tu cakap yang belah kanan. Aku pun pergilah menuju ke masjid belah kanan.

Sedang berlari2 anak, Oh no. Aku ternampak mamat tu pun sedang menuju gak ke masjid yang sama. Tapi, aik? Kenapa aku nampak rambut dia macam ada uban sket2? Tapi, kesucian dan kejernihan wajahnya jelas terpancar. *puitis sebentar bersama kit kat.

Dia berjalan di hadapan dan terus masuk.

Aku pun ikut belakang dia.

Tapi, Oh...silap. Takkan nak masuk juga bahagian lelaki. Bisik hatiku ketika itu.

Then, aku pun nampak bahagian perempuan. Ketika kaki nak melangkah anak tangga....


Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang



*Oh, alarm tone berbunyi!

Seperti biasa, mata masih pejam,tapi tangan main tekan je mane2 keypad. Kasi handphone diam.

Gosok2 mata.

*Haih.

Tengok jam je dah pukul 6.40.. Suboh!

On the way nak amek wudhu', zassss datang mimpi tadi tu. Haila halia... Tak sempat nak mengabehkan mimpinya daaa.

Okie. Gitu je pun memang cerita mimpinya. Tak best kan. haha.

Tapi, mamat dalam mimpi tu aku dah tak crush pun skang. Oishh. haha. Ye. Tarapappa.

Err. Nak tahu tak. Sebenarnya aku konpius banyak pasal kaitan mimpi dengan jodoh ni.

Ada orang cakap, kalau kita mimpi orang yang kita suka. Then, lepas kita terjaga daripada mimpi tu dan kita nak orang yang kita mimpikan tu mimpi juga or sambung pe yang kita mimpi, *apa berbelit aku cakap ni. Aaa...kan. Pastu kita tepuk bantal dan baca surah Yusuf, ayat 4. Tapi not sure lah. Tapi apa yang aku google forum2 tuh, ramai yang bincangkan tentang kaitan surah Yusuf dengan mimpi vs jodoh.

Aaaa...dan satu lagi apa yang aku penah dengar. Tak sure lah betul ke tidak. Katenya, kalau kita mimpi someone *yang berlainan jantina * ketika waktu dekat2 pukul 1, 2 pagi (waktu2 afdhal qiamulaill), hah maknanya tulah jodoh kita. Erm wallahualam.

Kadang, mimpi ni mainan tidur. Tapi, aku penah terbaca. Kalau kita tidur, dan kita mulakan tidur dengan basmallah, surah Fatihah, 4 Qul, ayat Kursi dan selawat, mimpi yang hadir tu adalah benar. Tapi, kalau dah tidur tapi tak baca pape, tak basuh kaki selepas balik dari berjalan2 malam. Haila halia. Maknenya tu mainan syaithon la tuh. Hehe.

P/s: Korang penah mimpi ular tak? Ha,katanye kalau mimpi ular ni maknanye nak ketemu jodoh tuh. Wallahualam.