Pages

Tuesday, February 1, 2011

Apabila perut dan tekak rasa disayangi ;)

Cheih, geli la ayat atas tu. Tukar ! Tukar! haha.


La, apa yang gelinya? Okeh je.. Bukan ayat jiwang apa pun. Ye tak? haha. Tak terasa tak terasa.


Skang ni ngah cuti raya cina. So, heaven la kan.
Home sweet home la katanye. =)


Nak tahu tak, hampir 100% impian tekak dan perut aku ni nak tercapai.


Lewat  malam aritu, balik2 je time jenguk dapur ada pecal dan
sambal belacan mangga!
Tak ke rasa macam nak menjerit gedik bila nmpak makanan feveret tuh? Haha.


Then, esok paginya bangun2 je lagi rasa macam nak menangis tersedu-sedan bila bukak je tudung saji,
nah..ada cucur udang dengan sambal hijau yang kaw2 sedapnya!
Makanan tengahari pula, wah.. asam pedas batang keladi!



Time makan tengahari tu, aku saje je luah perasaan ngidam aku kat ibu.

"Bu, kalau ibu rajin nanti ibu beli barang2 bubur cha cha eh.
Kita nak buat la bu. Ngidam."

Tup. Tup. Petang tu ibu gi kedai dan taddaaaa.
Kat atas meja tu dah ada barang2 nak membuat bubur cha cha.
Horeyhh!

Lantas, aku pun terus je kan. Dan2 je buat bubur cha cha tu. Boleh la rasanya. Kiranya kalau ada orang rasa, takdelah ibu aku segan aku ni yang buatnya. Hehe.


Mesti korang nak bukti yang aku buat kan? Yela, cakap je boleh la. Jiran sebelah buat, then ngaku buat sendiri pun boleh. Tapi, serius la. Haish, mengenangkan si dia buat hal kan? Dan bukti2 pun ada di dalamnya. So, takde rezeki la korang nak tengok hasil masakan bubur cha cha aku tu. Ehehe.


Oh, dan hari ni. Aku lepak la umah makcik aku kat Bandar Tenggara ni.
Fuh, lagi lah heaven tekak dan perut aku ni.


Memang tak pandang kiri kanan la kan bila ada ikan patin masak tempoyak dan sup tulang! Pulak tu pekena sambal kicap yang kaw2 pedasnya!  Ha, nampak tak kebahagiaan yang terpancar tu? Haha.

Then, petang tadi pisang goreng pulak tu yang menyinggah kat tekak ni. Sangat la terisi impian aku slepas mengidam nak makan pisang goreng ngan sambal kicap kat U tu.


Then, terharu sangat la coz tadi ngah lepak2 ngan makcik aku,aku suggest la kan page KONGSI RESEPI kat Facebook tu, tengah tengok2 page tu, aku pun luah lah perasaan ngidam aku nak makan puding roti.


WhoAaa, dan2 je tadi time kluar makcik aku beli barang2 nak buat puding roti. Dan skang aku kekenyangan makan puding roti tu. Sedap! Aku dah tahu resepinya, nanti aku nak wat sendiri pula.
Kita tengok ajela apa rasanye kan. Hehe.

(pencinta makanan sangat kan?) huhu.






Bila dia buat hal lagi

Salam dan hye2! hye! (senyum. tapi tak berapa nak lebar pun senyumnya)

Okay memandangkan hati tengah merintih pilu, jiwa bergelora, hati tak keruan, namun aku gigihkan jua untuk mengupdate blog ni. Lama sudah kan tak merepek2 kat cni? *berdiri di atas pentas sambil menghalakan mic ke arah penonton.

Uol rindukan i tak...?!

*Booooo...

Okay2. stop verangan. hehe

Sebenarnya kan, aku ngah sedih tau. Sedih sebab kenapa dia buat aku macam ni huh? Kenapa semua spesis dia mesti tak setia dengan aku? Tak penyayangkah aku? Tak caringkah aku? Aku tak sanggup hidup dengan dibelenggu masalah sebegini. Okay, aku nak panjat pokok. (eleh, pokok taugeh je pun). Aku nak panjat, pastu terjun. Okay? Cukup gedik tak kalau macam tu? Ehe. (pahala dah cukup ke nak masuk syurga?) Ouch, pedih ulu hati.

Aku ingat bila aku dah ada dia, aku boleh hidup lama dengan dia. Boleh membahagiakan aku. Boleh menemani aku ke mana-mana sahaja. Aku punyalah dah sayang giler (tapi tak jugak sampai giler). Hari2 aku hadap dia. Tu yang rasa sayang makin menebal tu.

Tapi, tup2. Kau buat hal lagi.

APa kes?!

(marah benar gayanya nih) Oishh..


Dulu, lepas kau buat hal,kau kecaikan tubuh kau, aku sanggup terima. Aku tahan tangisan aku. Aku chill je...
Sebab aku tahu.. Kau akan boleh kekal lama dengan aku. Tapi, entahlah. Aku mula rasa yang kau ni dah tawar hati dengan aku. Aku try on kau, kau taknak hidup2.



Aku tahu lah kau kecil hati dengan aku masa aku secara tak sengaja terjatuhkan kau time kau dalam kocek aku dulu. Yela, bukan aku sengaja pun nak jatuhkan kau dari spinning top kat times square dulu tuh. Serius,kalau aku dah tak sayang kau pun, bukan sekejam itu untuk aku menghindarkan kau daripada hidupku. Dah memang time tu pun aku kecut perut pejam mata naik spinning top tu....



Dan sekarang, aku harap sangat kau boleh bernafas semula. Plis... Ingatlah balik kenangan kita bersama.. Kau sayang aku. Aku sayang kau. Cheihh. Eh tak, aku tak main2.