Pages

Tuesday, February 1, 2011

Bila dia buat hal lagi

Salam dan hye2! hye! (senyum. tapi tak berapa nak lebar pun senyumnya)

Okay memandangkan hati tengah merintih pilu, jiwa bergelora, hati tak keruan, namun aku gigihkan jua untuk mengupdate blog ni. Lama sudah kan tak merepek2 kat cni? *berdiri di atas pentas sambil menghalakan mic ke arah penonton.

Uol rindukan i tak...?!

*Booooo...

Okay2. stop verangan. hehe

Sebenarnya kan, aku ngah sedih tau. Sedih sebab kenapa dia buat aku macam ni huh? Kenapa semua spesis dia mesti tak setia dengan aku? Tak penyayangkah aku? Tak caringkah aku? Aku tak sanggup hidup dengan dibelenggu masalah sebegini. Okay, aku nak panjat pokok. (eleh, pokok taugeh je pun). Aku nak panjat, pastu terjun. Okay? Cukup gedik tak kalau macam tu? Ehe. (pahala dah cukup ke nak masuk syurga?) Ouch, pedih ulu hati.

Aku ingat bila aku dah ada dia, aku boleh hidup lama dengan dia. Boleh membahagiakan aku. Boleh menemani aku ke mana-mana sahaja. Aku punyalah dah sayang giler (tapi tak jugak sampai giler). Hari2 aku hadap dia. Tu yang rasa sayang makin menebal tu.

Tapi, tup2. Kau buat hal lagi.

APa kes?!

(marah benar gayanya nih) Oishh..


Dulu, lepas kau buat hal,kau kecaikan tubuh kau, aku sanggup terima. Aku tahan tangisan aku. Aku chill je...
Sebab aku tahu.. Kau akan boleh kekal lama dengan aku. Tapi, entahlah. Aku mula rasa yang kau ni dah tawar hati dengan aku. Aku try on kau, kau taknak hidup2.



Aku tahu lah kau kecil hati dengan aku masa aku secara tak sengaja terjatuhkan kau time kau dalam kocek aku dulu. Yela, bukan aku sengaja pun nak jatuhkan kau dari spinning top kat times square dulu tuh. Serius,kalau aku dah tak sayang kau pun, bukan sekejam itu untuk aku menghindarkan kau daripada hidupku. Dah memang time tu pun aku kecut perut pejam mata naik spinning top tu....



Dan sekarang, aku harap sangat kau boleh bernafas semula. Plis... Ingatlah balik kenangan kita bersama.. Kau sayang aku. Aku sayang kau. Cheihh. Eh tak, aku tak main2.

No comments:

Post a Comment