Pages

Thursday, December 16, 2010

Mimpi Vs Jodoh

Salam...

Setelah beberapa hari malas mengupdate blog, pagi ni terasa pula nak merajinkan diri.
Ehehe.

Motif? Yeah bermotifkan mimpi yang interframe kat dalam mimpi aku pagi2 buta. Err. Tak sure dalam pukul berapa. Tapi endingnya beberapa minit sebelum bangun suboh.

Oishh.

Err. Macam mana aku boleh mimpi orang yang aku pernah crush huh? Elok pula mimpi pagi2 buta aku bersiap2 pakai baju kurung, kurung biru gitu. Dalam mimpi tu, aku beria2 tanya pendapat ibu aku okie ke tak kurung biru tu. *Sebab, realitinya aku tak bape minat pakai kurung biru.

So, entah macam mana time tu bersiap hendak ke masjid. Yeah ke masjid. Sorang2 pula tu. Oh, time tu maghrib. Aku pun kuar pagar dan jalan sorang. Tapi dalam mimpi tu, aku berada kat persekitaran umah atok aku. Ngah jalan cepat2, aku konpius sme ade nak belok kanan ke kiri. Then, aku terserempak lah dengan  sorang adik perempuan ni. Time tu rushing kot coz aku rasa macam dah terlambat je nak solat berjemaah nanti. So, aku tanya adik tu. Antara masjid belah kanan and kiri, mana yang lagi dekat? Adik tu cakap yang belah kanan. Aku pun pergilah menuju ke masjid belah kanan.

Sedang berlari2 anak, Oh no. Aku ternampak mamat tu pun sedang menuju gak ke masjid yang sama. Tapi, aik? Kenapa aku nampak rambut dia macam ada uban sket2? Tapi, kesucian dan kejernihan wajahnya jelas terpancar. *puitis sebentar bersama kit kat.

Dia berjalan di hadapan dan terus masuk.

Aku pun ikut belakang dia.

Tapi, Oh...silap. Takkan nak masuk juga bahagian lelaki. Bisik hatiku ketika itu.

Then, aku pun nampak bahagian perempuan. Ketika kaki nak melangkah anak tangga....


Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang



*Oh, alarm tone berbunyi!

Seperti biasa, mata masih pejam,tapi tangan main tekan je mane2 keypad. Kasi handphone diam.

Gosok2 mata.

*Haih.

Tengok jam je dah pukul 6.40.. Suboh!

On the way nak amek wudhu', zassss datang mimpi tadi tu. Haila halia... Tak sempat nak mengabehkan mimpinya daaa.

Okie. Gitu je pun memang cerita mimpinya. Tak best kan. haha.

Tapi, mamat dalam mimpi tu aku dah tak crush pun skang. Oishh. haha. Ye. Tarapappa.

Err. Nak tahu tak. Sebenarnya aku konpius banyak pasal kaitan mimpi dengan jodoh ni.

Ada orang cakap, kalau kita mimpi orang yang kita suka. Then, lepas kita terjaga daripada mimpi tu dan kita nak orang yang kita mimpikan tu mimpi juga or sambung pe yang kita mimpi, *apa berbelit aku cakap ni. Aaa...kan. Pastu kita tepuk bantal dan baca surah Yusuf, ayat 4. Tapi not sure lah. Tapi apa yang aku google forum2 tuh, ramai yang bincangkan tentang kaitan surah Yusuf dengan mimpi vs jodoh.

Aaaa...dan satu lagi apa yang aku penah dengar. Tak sure lah betul ke tidak. Katenya, kalau kita mimpi someone *yang berlainan jantina * ketika waktu dekat2 pukul 1, 2 pagi (waktu2 afdhal qiamulaill), hah maknanya tulah jodoh kita. Erm wallahualam.

Kadang, mimpi ni mainan tidur. Tapi, aku penah terbaca. Kalau kita tidur, dan kita mulakan tidur dengan basmallah, surah Fatihah, 4 Qul, ayat Kursi dan selawat, mimpi yang hadir tu adalah benar. Tapi, kalau dah tidur tapi tak baca pape, tak basuh kaki selepas balik dari berjalan2 malam. Haila halia. Maknenya tu mainan syaithon la tuh. Hehe.

P/s: Korang penah mimpi ular tak? Ha,katanye kalau mimpi ular ni maknanye nak ketemu jodoh tuh. Wallahualam.

Saturday, December 11, 2010

Wow! Gojes! Chantek!

Semua orang cintakan keindahan,kedamaian dan kecantikan. Oh, saya juga begitu. Bila kita memperkatakan tentang kecantikan, apa yang anda bayangkan? Mesti wajah yang rupawan,jelita dan menawan bukan?


*Oishh. Kenapa ayat macam skema semacam ni. Dah macam entry ilmiah Panitia Bahasa pulek. hehe. La, practise make perfect yo! Oishh. cakap omputih pulak.


Okie2. Stop merempit merepek.


Aaa. Pada korang kan, korang rasa sape yang chantek? Oh nope. Tak nak la tanye. Nanti korang mesti jawab macam gini, kecantikan tu subjektif. Okie. So, tak jadilah nak tanye. Hehe.




So, biar aku cakap sape yang pada aku yang chantek.


Walaupun korang tak berminat pun nak tahu kan. kan. Ala, tak kisahla. *Padahal nanti nangis hentak2 kaki.


Sebenarnye kan, sebnarnye aku suka bukak profil Queen Rania kat fesbuk. Suka tengok gambo2 dia. Oh, jelitanye dia. Menawannya dia. Ada style lah. Bisik hati kecilku. Haha.


Err. Korang kenal tak dia? Penah jumpa tak?


La, tak penah ke?




Euww.  Err. I pun tak penah gak.


Okie. Meh saya ceritakan kat awak semua siapa diri dia yang sebenarnya. Tapi, janji taw. Ini rahsia antara kita jer.




*Jap,tanye uncle Wiki jap. Hehe!




Nama sebenar beliau ialah Rania Al-Yasin. Berumur 40 tahun. *Wah,tapi nmpak macam baru 23 tahun. Apa rahsianya? haha. Aaa.. dan paling yang perlu anda ketahui adalah beliau ni merupakan seorang isteri kepada seorang Raja Jordan, bernama Abdullah bin Al-Hussein dan juga seorang ibu kepada empat orang cahayamata.




Nah, ni la orangnya. Chantek tak?











Anak 4 dah? Tapi still muda gitu...
 



Macam Preity Zinta kan?






Beautiful with brains...










Ada karisma!




Yang ni pula macam Emma Watson. Kan. Kan? Emma tu umo dia 20. Ni 40 tahun la .haha



P/S: Nanti dapat anak nak namakannya Rania. Okie tak? Hehe.

Wednesday, December 8, 2010

Oh,cerai? Klise.

Lepas je siap buat keje uma, aku naik bilik. Ketiga2 cilik tu aku suruh melukis dan mewarna. Lukisan yang chantek akan diberi hadiah. *Tapi hadiahnya dirahsiakan. haha. Dan sebenarnya....

Okie. Skang sedang free. Tak tahu nak wat apa. So, sambil melayan mereka melukis,aku pun on laptop.
Jiwa ni rasa nak dengar lagu Sheila Majid la pulak. Okie. Pasang lagu dia.

Lagu ape ye.

Oh, dah jumpa.

Ingatlah Diriku.

*Meh google sekejap lirik dia. Tak syoklah nak nyanyi2 tapi tak hafal lirik. Ye tak.

Nah, ni lirik dia. Oh,sho shweet.

Sejujurnya Diriku Tak
Ingin Kehilanganmu
aku Masih Sayang Padamu
Namun Bila Dirimu Tak
Lagi Memerlukanku
Cukup Sampai Disini
Hingga Kini Bersama Lagi

Reff Chandra
Ingatlah Diriku Yang Pernah
Ada Disampingmu
Ada Diwaktumu
Ada Dihatimu

ku Ingat Dirimu Yang Pernah
Hadir Disampingku
Temani Waktuku
Temani Hatiku

Sejujurnya Diriku Tak
Ingin Kehilanganmu
aku Sangat Sayang Padamu
Namun Entah Mengapa
Perpisahan ini Mencambukku
Semoga Kita Bersama Lagi


Sedang menyanyi2 merdu, message alert "empty decoration"
.
Oh, mesej daripada kakak terchenta.

Tau x,sein n nana sah bercerai.

Aku sedikit terkejut. Yela, aku penah minat kot Sein tu tym era kegemilangan dia dengan Ruffedge. Tym Sehati Berdansa. Oh, latest,tym dalam citer AdaMaya. So,dengan tabah aku reply.

Yeke? mane awk tahu? *mood skema

I kn up to date skang.. Ni ngah bc metro online arini pnya..

Ouh.klise la cerai2 ni. Okie pasni u tggu la sape pengganti nana.

Biasa la..badi shati brdansa mgkin..

Bukan. Slh msing2.sehati berdansa bkn bnda hidup nk dslhkan.gituw.

Bila pk blik mkin ramai peserta Sehati Berdansa yang dah bercerai. Haila halia. Dunia. Dunia. Ape lah nak jadi skang ni.

Oh,nak bukak la Oh Bulan. Medium gosip2 artis masakini. haha.

Dan.... aku jumpa!

http://www.ohbulan.com/juara-sehati-berdansa-3-sein-nana-sah-bercerai-talak-satu/

Main pejam2 mata

Tiba2 aku rasa nak share taktik semalam yang aku guna kat budak2 kecik. Okie, biar aku bg profile ringkas ketiga2 cilik tersebut.

My Adik Sedara
Nama panggilan: Min.
Nama umi and abah dia bagi: Muhamad Iqbal Muhaimin.
Umur: 3 tahun.
Ayat klise yang sering digunakan: Ye. *Tapi aku ajar dia kalau pape jangan cakap YE, tapi cakaplah YE BENAR TU. Dan dia pun dah terbiasa sekarang dengan ayat baru yang aku kasi. Hehe

My Adik
Nama panggilan: Aiesyah. *Walaupun dulu dia seboleh2 suruh aku panggil dia NIA. Kununnya NIA adalah nickname nama dia NUR IZZAH AIESYAH
So, dah tahu la kan nama yang ibu and abah aku kasi? Hehe
Umur: 8 tahun

My Adik Sedara
Nama panggilan: Farisha
Nama umi and abah dia bagi: Wan Farisah Insyirah.
Oh, ya Farisha ni akak kepada Muhaimin.
Umur: 6 tahun

Dan kisahnya bermula begini.

Di dalam bilik. Jam menunjukkan pukul 9.20 p.m.

Aku tengok diorang tu tak penat2 bermain dari siang. So, aku pun terpikir satu permainan ni.

"Okie,dengar ni. Dengar ni. Kak Farah ada satu permainan.

Farisha: Kak Farah nak main apa?

Aiesyah: Ha? permainan? nak2

Muhaimin: Memandang kitorang.

"Permainan ni best tau. Dulu mase kak Farah main, selalu kak Farah menang.

Muhaimin: Kak Farah. Oh Kak Farah.

*gaya comel dia memanggil aku. Oh, geramnya dengar suara dia nih.

"Ye, Muhaimin nak main tak?

Dia mengangguk.
Muhaimin: Amin nak main. Main apa?

"Main pejam2 mata sapa paling lama.

Ketiga2 cilik itu masih menantikan kata2 aku yang seterusnya.

"Okie. Tapi ada syarat2nya.

Serentak Farisha dan Aiesyah bertanya.

"Syarat apa?

"Syaratnya, sume mesti baring. Pejam mata. Kak Farah tak nak dengar satu suarapun. Kalau tak pejam mata, mulut cakap2, nanti dia kalah.

Farisha: Kalau kita kalah?

"Kak Farah suntik tangan dia macam doktor suntik kat tangan orang kat hospital tu.

Muhaimin: Kak Farah. Oh Kak Farah.

"Ye Muhaimin.

Muhaimin: Kak Farah shuntek (pelat) macam doktor kat hospital tu eh. Macam yang pakai baju putih tu eh.

*Oh, dia masih ingat perempuan2 kat Hospital Sultanah Aminah aritu yang pakai uniform putih. Ceh, aku tipu je diorang tu doktor. Ada jarum suntik.Nanti dia suntik kat budak yang tak reti duduk diam macam Muhaimin. Padahal diorang tu nurse. Hehe.

"Ha, Kak Farah ada jarum suntik. Jadi, sume kena pejam mata. Jangan sampai buka mata. Nanti kalah,susah nanti.

Masing2 baring. Aku tengok Aiesyah dan Farisha sudah mendengar kata. Namun berlainan pula dengan yg lagi sorang...

Dah baring, tapi duduk semula.

"Muhaimin,kenapa tak baring? Nanti kalah nanti.

Muhaimin: Kak Farah, hidung nak kena tutup tak?

"Eh, tak payah. Tak payah. Mulut dengan mata je yang kena tutup.

Dia mengangguk.

"Okie, Kak Farah kira sampai 5. Lepas Kak Farah keluar je dari bilik air basuh muka,Kak Farah tahu sume pejam mata dan tutup mulut. Faham sume?

Serentak ketiga2 cilik tersebut menjawab paham.

Dan aku pun duduk la bertapa kat toilet selama lebih 10 minit kot. Dekat 30 kali kot aku basuh muka. Haha.

Jeng. Jeng. Jeng. Jeng.

Kita lihat siapa yang kena!

Time aku bukak je pintu bilik air, aku tengok Muhaimin tu dah tertidur dah. Yang dua cilik perempuan pulak eh tak tido lagi rupanya.

Farisha: Kak Farah, kita rasa tak bagus la main mainan ni. Nanti semua orang rasa nak tido.

Heheheheehehehehe. Mereka masih lagi tidak mengetahui "dan sebenarnya......"

ustazah cilik

Tadi petang aku pergi taman permainan. Eh, bukan aku yang nak pergi bermain buai, jongang-jongkit, dan gelangsuir. Aku just menemankan adik dan adik sedara aku lah. hehe.

Okie. Memikirkan aku ni da remaja and gadis @ anak dara, so aku pun taknak lah join dua budak itu. Tak remaja lah. Hehe. Owh, taman permainan di sini bukan je banyak permainan, bangku2 dan pondok juga ada. Wah, ibu2 @ surirumahtangga juga ramai yang duduk2 berbual sesama mereka. Bisik hati kecilku. Haha.

Aku pun duduk lah di satu bangku kat pondok yang chantek lagi indah dipandang. Apatah lagi sambil ditemani angin petang yang sepoi2 bahasa. So, ngah tekun melihat jejaka handsome baby comel yang didukung ibunya, tiba2 telingaku disapa dengan perbualan dua perempuan cilik. Tak tahulah anak siapa. Sorang memakai tudung, sorang lagi tidak. Oishh. Bagus betul budak kecik yg bertudung tu bercakap. Fuh, bleh kalahkan Ustazah Bahiyah gitu. Kalau tengok daripada saiz badannya, aku agak umurnya mungkin 8 or 9 tahun. Walaupun aku duduk membelakangkan dia, tapi telinga aku khusyuk mendengar. Fuh, dia bleh cakap macam gini.


"Eh kenapa pula awak nak buat rumah besar2? Awak ingat bahagia ke buat rumah besar2?


"Tapi mak saya cakap kalau saya kaya, saya buatlah rumah besar2.


"Kita ni tengok je orang buat rumah besar tu bahagia. Tapi sebenarnya dia pening tau. Awak tahu ke yang orang kaya ni bila rumah besar, awak tengok kereta dia pun banyak. Harga kereta ni mahal. Lepastu awak ingat orang kaya ni tak pening ke nak bayar?




*Aku tengok budak yang mendengar tu asyik tak berkesempatan nak mencelah.
Budak tu masih lagi berkata-kata.


"Kita buat jela rumah sederhana. Kita kalau rumah besar ni, nanti kita kena juga beli kereta besar. Jadi orang ni kita jangan tamak.



*Akhirnya budak yang dari tadi tak sempat2 nak mencelah, berjaya juga mencelah.
dan aku suka celahan dia. Lebih pedas daripada biasa.


"Awak ni tak penat ke cakap?


*Amboi,selambe je budak tu mencelah guna ayat tu. Dan aku suka bidasan budak yang bercakap tadi dan ouchh! Pedih gak ulu hati aku yang mendengarnya.

"Esok saya cakap lagi. Kita balik lah dulu. Kan dah nak maghrib. Syaitan suka maghrib2 ni.


*Aku tengok jam kat handphone. Alemak! dah pukul 6.50p.m

So, melihatkan dua budak tadi dah pergi je aku terus ..


"Aiesyah, Farisha.. Balik jom. Dah nak pukul 7. Maghrib dah, setan suka maghrib2 ni.... ;p

Monday, December 6, 2010

Senyum! =) Senyum lagi =) dan Senyum la sentiasa! =)

Ha awak suka tak lagu Malique dan Najwa tu?

suka juga?

saya pun suka. suka berganda-ganda! *amboi,gediknye.

Jom kita nyanyi lagu SENYUM same2. haha.

Tapi, part yg best ni kot.

Kalau tengok status2 kt fesbuk, ramai yg amek ayat nih. Termasuklah aku

Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit


Okie2, ada satu lagi part yg best. Puitis ayat abe Malique nih.

Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan


Oh, ya tapi part yg ni macam poyo sket la.

Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan




Cewah. Dah macam pengkritik dan pengulas lirik lagu la pulek. Hehe.

Aaaaa.. Okie2.


Err,tym bila korang senyum?

Erm! saya tahu bila masenye anda senyum...erm, bila......bila... ha bila.....

 *paanGggGGg! jangan gedik lagi buleh tak?*

Okie. Mungkin ini situasi yang telah membuatkan anda tersenyum apabila,

1.  Anda menerima kiriman sms drpd orang yg anda dok minat gler kat dia.


2. Mama anda yg tak penah puji anda tibe2 satu pagi tu dia puji muka anda macam Jessica Alba! wow,pantas dan efisyen je trus tulis kat diari. siap catat sekali pukul berapa dan tarikh keramat itu.


3. Tym tengah boring petala kelapan, tiba2 handphone anda berdering dan deringan itu adalah khas drpd si dia menelefon anda. Mungkin ringtone lagu Larut? Sampai ke telinga senyuman anda itu ye.


4. Anda terbaca satu story kelakar dan situasi dalam story tu seakan sama dengan apa yg penah berlaku kpd anda cuma berlainan pengirim story je. Mungkin story kelakar tu ketika anda mencapai buku yg ingin dibeli, tiba2 ada satu tangan yang berbulu lebat juga mencapai buku yg sama. Kemudian, apabila anda memandang je orang tu anda terkesima. Diam sejuta bahasa. OhMakKau, aBangla itu tersenyum sumbing!


5. Anda menerima hadiah. Bila tengok je nama pengirim tu adalah daripada si dia terchenta.


6. Guru korang sedang bengang dengan keputusan korang yg hampeh. Tiba2 nama anda terpacul. Wah, anda dipuji kerana anda top scorer tu.


7. Pada petang yang mendamaikan, angin yang sepoi2 bahasa..anda dan kawan2 anda berbasikal bersama2. Tiba2, anda terpandang mamat handsome sejibik sebiji macam Arjun Rampal sedang berjogging dan entah macam mana bila dia bagi jelingan tajam maut, basikal yang ditunggang tu terbabas. terlanggar pulak batu yang bleh tahan la besarnye. Then, mamat tu patah blik dan menghampiri anda sambil bertanyakan keadaan anda. Namun, disebabkan nak cover bengang punye pasal.anda pun hanya mampu =)

Ye, ini baru beberapa situasi yg mungkin anda penah alami. Mungkin ade lagi? Eheee..

Jadi, tak kira lah ape situasi pun kita kenalah senyum. *Walaupun rasa macam nak buang hajat?

Err. Senyum biar lah kena pada tempatnye.. =)

Monday, November 29, 2010

GaYa Jalan Ali Baba

Dalam filem klasik Melayu Ali Baba dan 4o Orang Penyamun, Aziz Satar berlakon watak Ali baba yang miskin mjd kaya krn mdapat satu peti wang emas daripada gua simpanan penyamun lakonan P. Ramlee.


 Selepas sahaja menyorokkan semua wang itu di dalam tanah dan mengarahkan isterinya, Norsiah memulangkan pot gandum yang dipinjam drpd Kassim baba.

Ali baba mula berangan-angan.

Dia mula berlagak berjalan seperti orang kaya. Dia mula mengubah gaya jalannya tidak seperti dulu. "Saya sudah menjadi org kaya, saya msti tukar saya punya jalan,"


Dengan mencuba beberapa cara berjalan, akhirnya Ali baba berlagak dengan berjalan seperti org kaya dgn meletakkn tangan kanannya di belakang sambil makan capati di dapur.

Sebenarnya, sukar diterangkan bagaimana estim kendiri seseorang itu berkait rapat dgn cara mereka berjalan. Di dalam The Count of Monte Cristo, Dumas menulis gaya berjalan Fernand yg kecewa gagal memikat hati Mercedes. Gaya jalan seorang itu bnyk mnunjukkan estim kendiri dan bagaimana dia memperlihatkan dirinya pada orang lain.

Dalam Ali baba dan 40 org pnyamun, gaya berjalan Ali baba sbelum menjadi kaya berbeza dengan jalannya slepas mjadi kaya. Sebelum mendapat emas, dia berjalan longlai tidak bermaya. Tetapi slepas mmperoleh emas, Ali baba berjalan dgn lbih yakin dan segak.....


P/S: Jalan ke depan..

Kita Perlu Membaca

 

" Hanya orang yang 'membaca' mampu mengubah dunia"
Lord Chesterfield


APA JADI APABILA TUN DR. MAHATHIR
TIDAK MEMBACA?


Kita selalu berasa kagum apabila melihat seorang pemimpin mempersembahkan ketajaman intelek dan kedalaman pengetahuannya. kita selalu karam dalam kekaguman itu.


Seperti satu pepatah Arab:
Apabila diketahui sebab-sebabnya, maka terbatallah keajaiban'. Apabila kita mengetahui bagaimana tabiat membaca pemimpin-pemimpin itu bertahun-tahun lamanya, siang dan malam,maka kita tahu bagaimana fikiran mereka menjadi sebegitu tajam dan pengetahuan mereka begitu mendalam.

Seperti kata-kata seorang penulis terkenal,
"Ramai pemimpin yang kelihatan pandai sebelum mereka membuka mulut mereka."

KALI PERTAMA

Hehe. Apa kisahnya dengan tajuk yang ingin dibicara?

Oishh. Tetiba aku rasa rindu mau story pasal kilang kesayangan aku. KESAYANGAN ker? Ni cerita dolu-dolu punyerla. Tak percaya? Tak PERCAYA aku pernah jadi minah kilang? Haa? Tula, aku pun dah mula percaya. hehe.

Kalau dolu-dolu time berkumpul ramai-ramai ngan kengkawan, time ditanya nak keje ape, mesti jawapan keje kilang tu tak nak cakap. *sengih gedik*

Tapi,abez je SPM... tup2 aku ter join la kengkawan (hampir satu bas kawan2 itu). hehe. Yela, dah bosan duduk rumah asyik2 mengabehkan boreh je, abezkan karen letrik tv la radio laa.. so, dengan rasa reti bahasa aku pun join la diorang untuk berkerja di sebuah kilang. Wah, best taw nama dia. komersial giteuw.

VENTURE

Sehebat namanya, sehebat itulah kilangnya. haha. Ha, nak kutuk! kutuk! Oishh. taknak lah kutuk2. tak remajalah kutuk2. *terima kasih VENTURE! tanpamu, hidupku tak berduit dan berpengalaman serta memiliki teman2 yang baru. hehe.

Kisahnya bermula begini..........
*hampir2 lupa,tapi.... toink2. oh, masih mengingati jua... =)

Pagi2 lagi aku dan kengkawan da tunggu bus kat simpang tiga jalan. Pagi2 suboh kot time tu. Pukul 6 lebih pagi. haha. *Oh, gigihnya mau mencari rejeki.

Tapi ntah macam mana, bus tu datang mengambil kitorang dalam pukul 8 lebih! Ceh, hati geram ni. Tapi nawaitu still lagi ni nak pergi interview kat kilang. Maka, berwajah gigihlah kami menaiki bus yang pada hemat kami sangat uzur ye ketika itu. Ye, uzur keadaannya. Uzur sistem enjinnya. *Ceh, harap body bus je cantik, tapi bila dah bergerak, hampeh. Sampai sakit2 badan2 kami yang muda remaja ketika itu. Oh, dan ketika ini. *Ha, kutuk! kutuk ! Err, bukan kutuk la. hehe. mengadu jerr. c(=

Then, dah sampai je,tak boleh terus masuk dulu. Kena berkumpul depan gate utama kilang tu. Ambil borang dan isi dahulu.

Oh, sekali kami gigih ye. Gigih bila ramai2 mengisi borang sambil duduk2 di tembok2 tepi pagar, juga berdekatan dengan parit. So, siapa cakap kami tak pernah jadi muka tembok? haha. Dialog2 yang aku masih ingat time tu.

"Wey2, dah siap isi nak bagi kat sape?"
"Bagi kat tempat meja sana tu kot. Takpun tanya kat abang tu. Eh, nak panggil abang ke? Kang marah pulak dia bila kita panggil abang?"
"Dah tu? Nak panggil akak?
"Ye tak ye jugak. Panggil cik jela.
"A'ah ek.

Hahaha. Kami sangat confuse ketika itu berhadapan dengan orang yang mengalami krisis identiti. Maka, terciptalah dialog spontan sebegitu.....

Time interview, aku tengok ramai yang keluar masuk toilet. Cuak oh masing2, termasuklah aku. Yela, first time tu aku masuk kilang dan datang nak interview untuk bekerja! Memang la gitu perasaannya. *Eleh macam aku sorang je macam gitu. kata tadi kawan2 yang join hampir satu bus. Aaaa.. diorang pun same macam apa yang aku rasa la. hehe.

Ingatnye susah sangat interview tu. Ceh, kacang dal je rupenye. Penat je nerveous2 nih. *Ha, berlagak! berlagak! Er, bukan berlagak,cuma menzahirkan perasaan yang sebetulnya je....

Nak tahu bagaimana saya diinterview? Tekan INGIN TAHU dan hantar ke 32999. haha

Aku cuma perlu menyelesaikan nombor yang ditambah dalam bentuk lazim dan kemudian ditanya mau keje shift malam ataupun siang. Maka, berdasarkan kesepakatan bersama kengkawan sebelum ke meja temuduga, aku dengan wajah riangnya mengatakan shift MALAM.



Mudahnya! semudah ABC yang dimakan bila dibelanja ye. =p

Maka....

Bermulalah kerjaya saya sebagai gadis kilang..

Mula-mula tu agak payah la untuk menyesuaikan diri seperti burung hantu. Tidur siang, berjaga waktu malam. Tapi, demi mencari rejeki, kami gigih! haha. Yela, gaji lumayan kot time tu lagi2 bila shift malam tuh. Tapi best, nak pergi kerja naik bus ramai2. Tapi bila dah masuk kat tempat keje, takdenye kami disatukan. Masing-masing berpecah. Besar kot kilang tu. Nak jumpa pun time rehat la. Ha, rehat time shift malam tu pukul 2 pagi ye, iye...2 pagi. Time tula nak makan, nak minum, nak reply messages pakwe,kawan, ibu, ayah, sedara-mara, jiran tetangga dan kucing-kucing jiran..... Normal la kalau mereka mesej pukul 8 malam, aku reply pukul 2 pagi. Tarahal da keadaan tu. haha. Ceh, macam HOT je ramai orang nak mesej aku. Ha, time rehat pulak, kena cepat2. Tak buleh nak jalan macam model. Tak sempat pun nak control macho ke ayu ke. Tak Tak. Tak sempat. Kalau lambat je, maka lambat la anda boleh makan. Nak bayar kat kaunter, nak beraturnya tu.. haila halia.. boleh tidur nyenyak menunggu giliran. Kiranya sempat sangat lah nak mereply 372 mesej2 orang tersayang. haha.

Time rehat, kena minum nescafe, hilangkan rasa ngantuk, segarkan mata. Then, beli la asam2 ke gula2 ke. Makan time bekerja. Penting tu! c(=

Time kat line, banyak kali la aku yang sebagai pekerja sementara ni ditukar tempat. Macam2 aku buat, dan pelbagai manusia dan ragam yang aku temui. Ada kat satu line ni, ada satu gangguan. Time aku nak gi solat isyak ngan suboh je ada je laki tu tegur. Oish,kalau tegur dari jarak jauh still rasa selamat lagi. Ini tak,aku balik je nak masuk dalam line semula,laki tu jalan belakang. Mananye aku tak takut cuak, laki tu banyak tatoo! Muka menyeramkan walaupun berkulit putih. Kata akak2 kat tempat line aku, laki tu laki Sabah, tak beragama. So, tu yang aku takut lagi time dia tanye aku baru balik dari surau ke?pastu datang kat line aku mintak no. Selama aku tercampak kat line tu, selama itulah aku tak rasa selamat. Tapi alhamdulillah, tak lame pun aku kat line tu. seminggu je. Fuh, seminggu pun azab!

Itu cerita seram pertama, seram yg lain pun ada. Seram yang macam mana? Seram bila ada pengkid layan aku lain macam. Bertambah seram bila member dia cakap pengkid tu minat kat aku. OMK! itu sudah melanggar fitrah manusia. Tapi tak lame. Mujur. Mujur. Hanya 3 hari je.

Tapi jodoh aku dengan VENTURE tu tak lame pun. Sebulan je. Hampir sebulan. Lepas terima je gaji, aku terus zuPppppPp. Gitu bunyiknya.... ye, mungkin begitu.

Mengapakah? Kenapakah? Apakah yang telah terjadi?

Ceritanya macam ni.

Ade la satu perkhabaran yang sangat HOT mengatakan bahawa toilet wanita kat kilang tu ade wanita Vietnam yg mati bunuh diri! Fuh, HOT cerita itu sehinggakan aku takut nak ke toilet time pagi2 suboh. So, dengan berat hatinya....aku pun meninggalkan VENTURE tanpa kerelaan hati yang ikhlas.


P/s: Oh,ya. aku mungkin akan cerita tentang kilang kedua aku. Oh, mungkin kilang yang terakhir untukku. hehe

Siapapun mereka, kita adalah SERUPA

Korang ! korang !

Eh, ape punyer intonasi nih ey... ?

*excited?

*marah?

*gedik?

erm, mana-mana lah. Ikut suka hati korang la nak dipanggil dengan cara yang bagaimana. Nak mengadunkan ketiga-tiga perkataan tu menjadi rojak pun bulehhh. EXRAHDIK Tarahal punyer lah. Hehe.

Okie2. Kita mulakan ...

Begini..

Err. Korang pernah tak terkutuk, or dalam ayat yang jujurnya komen secara negatif kat somebody?

* Janganlah angkat kening double jerk. Haha.

Komen negatif? Apakah? Mengapakah? Bagaimanakah?

Aaaaa... komen negatif.

Situasi 1:

Nampak satu couple ni berjalan bersebelahan anda. Namun, tetiba terlintas di hati anda, lintasan tu tak sengaja la kiranya. ZuPPppp bunyi dia. Pantas dan efisyen spontan. Wajah mereka nampak sangat tak sepadan di mata korang. Yela, yang jejakanya uih la hai muka sejibik sebiji macam Chadd Michael Murray versi yang makan belacan, bukan keju la tapinya.. dan yang wanitanya pula uih, tak macam sape2 la dengan muka heroin yang pernah berdampingan dengan Chadd Michael Murray tu..kirenye kalau selalu orang cakap BAGAI PINANG DIBELAH DUA. Tapi yang ni macam BAGAI PINANG DIPOTONG SERONG TIGA.

Reaksi negatif anda:

"Handsome giler mamat tuh. *Siap pandang 15 kali tuh* Muka macam hero pujaan, tapi slek la pulak awek dia. Agak2 dengan aku lagi sesuai!"

Oish,nampak tak? Nampak tak korang dah kumpul 3 dosa? Hehe

Dosa PERTAMA: Ha, berapa kali korang pandang muka mamat tu? Lebih daripada sekali kan?
Dosa KEDUA: Korang cakap slek time komen awek mamat tu
Dosa KETIGA: Korang bangga diri yang korang ni kunun2 HOT la tuh. Eleh, kalau JESSICA ALBA ngan korang, korang kalah juga. Hehe. *termasuklah aku. Ouch! Pedih ulu hati.

Then, bila nampak lelaki yang tak handsome pulak, macam2 yang korang komen kan. Muka macam pecah rumah la, muka tembok tak siap la, muka macam penyangak lah. Haiya,sangat teruk oh!

Tapi, korang tahu tak, yang tak handsome, tak menawan, tak kacak, tak jelita, tak cun tula mungkin punyai hati yang lebih MENARIK< TERTARIK>DA BOMB pada penilaian MAHA PENCIPTA kita?

Lagipun, kan ketakwaan tu yang penting. Okie,memang la kadangkala kita tak bulehh nak pause kan sekejap, and then delete rasa nak mengomen orang secara negatif. Tapi, kalau kita sentiasa bermuhasabah diri, sentiasa merendah diri, mengakui kelebihan orang lain dan menjadikan Allah punyai lebih segala-galanya daripada kita sebagai hambaNYA, InsyaALLAH... lintasan hati secara negatif tu dapat kita hindarkan. ^^,