Pages

Tuesday, January 4, 2011

Kak Sheila Oh!

Sempena meraikan kelajuan Wifi kat cni, so aku pun sedikit rajin la ye utk update lagi. Sebenarnya kna isi borang biasiswa perguruan nih,tapi tension lah. Banyak kali dah try, tapi asyik failed je.



"Try lagi la Farah. sabar. benda tu utk kemudahan kau juga nnt."

Satu suara halus berbisik. (meremang bulu di tangan). *sound effect citer seram*



Okie2,sambil try, sambil dengar lagu. Serius aku dah tangkap chenta kat lagu2 Sheila Majid. Evergreen kan aku?
Jiwa nak kaler merah jambu je. haha.



Kat uma aritu, pagi2 lagi aku dah layan konsert dia kat tv. Bukak2 je astro Fiesta, ada muka dia ngah nyanyi.. heaven je rasa sapu2 uma sambil nyanyi2 lagu dia. Rupanya banyak gak lagu dia yang aku terhafal. haha.



Ibu balik je dari pasar, dia tanya

"sheila majid ehh,"

"A'ah,suka la tu,"

"Kuatkan Kuatkan," cheih ibu dah excited dah penyanyi feveret dia kat tv.



Dan skang ni, aku pun dah terlayan lagu Sheila Majid ni. Seb baik youtube cni laju..



Kak Sheila, I minat lagu u yang Dia tu!! haha


















Nak start dari mne nih

Hye semua! sorila lmbat meng"update" blog ni.. dah bersawang pula. Biasalah, busy la. Kan dah masuk sesi persekolahan nih. Diorang naik sekolah 3hb aritu kan,so I busy la uruskan pembayaran yuran sekolah, shopping barang2 sekolah.. yela,diorang tu masing2 naik persekolahan baru, semua nak baru.
Macam i dulu2 lah.
Then, nak siapkan breakfast lagi utk diorang...hantar pergi balik sekolah.
Fuhh,penat la juga jadi ibu ni..

Haha. Berlakon sebentar bersama kit kat. Haru kalau ibu baca, sedap2 je aku mnulis ni.. Sistem keje dia, tapi aku yang berlagaknya. Hehe. Takpe2,angan2 jadi ibu tak salah kan.

Oh, skang dah kat U dah ni.. sejak 31hb aritu dah.. Nak update blog, tapi tau2 jela kan. Cni guna WiFi.. So, agak slow la nak meng"update" ni.. Nak guna brotben pula, dah lama tak bayar! haha. Dah banyak kali lalu Maxis Centre, mulut rasa berat je nak minx ibu bayarkan. Yela, dolu masa baru2 beli, sungguh2 ni cakap nak bayar sendiri. (kononnya nak berdikari).

Oh ya, sebenarnya banyak yang aku nak membebel. Tapi, disebabkan azam tahun baru ni nak mengurangkan bilangan patah perkataan di mulut sepanjang zaman,
so, cakap dalam kuantiti yang perlu jela ek. 

Aaa, tahun baru aritu,tepat kol 12, kitorang sambut kat kolej je. Biasalah, dah lama tak jumpa kan,masing2 mesyuarat tingkap. Pang pung pang pung bergosip.Yela. Kan tahun 2011 nak kurangkan aktiviti2 lagha seperti tu, so setiap minit yang ada dimanfaatkan sebelum tiba jam 12tghmlm. Gitu.

Then, esoknya kitorang berempat pun pergilah cuci2 mata di Mid Valley. Gigih ye,tunggu komuter. Oh, terlepas 1 komuter. Bukan ter, tapi sengaja melepaskan. Oishh,sangat mampat oh! macam dalam tin sardin. Oleh kerana kami tidak ingin berhimpit2, jadi kami pasrah membiarkan komuter tu berlalu pergi...

Sementara menunggu 1 lagi komuter tiba, kami pun makan la kuaci yang wangi tu sambil berbual2.
Bukan mesyuarat tingkap lagi dah. Kata nak menggapai objektif tahun baru.
No need bergosip lagi lah. Cheih.

Datang je komuter, masing2 meluru nak masuk. adehh, ramai juga kat dalam tu. Nak masuk dalam koc merah jambu, pun penuh. Itu adalah disebabkan kaum lelaki yang tidak reti bahasa ye kawan2. So, takpelah, kitorang masuk jelahh koc yang biasa punya. Yela, nak demand2 masuk koc merah jambu tu siapalah kami. Kitorang cool je, tak HOT pun macam artis. Ouchh. Pedih ulu hati. hehe.

So, sebelum pintu koc tu tertutup, ada lah kan sorang makcik ni. I like makcik ni. Dia nak masuk, tapi bila tengok je ramai giler dalam koc tu,so mungkin secara tak sengaja dia ter"loudspeaker" suara dia.

"Nak masuk ke? Tak payah lah. Macam2 BAU ada"

Oh, tersayat sedikit hati kami ketika itu. haha. Semua kat dalam koc tu ketawa.
Aku tengok mat2 Bangla, Vietnam, Myanmar, ha apa lagi aaa Pakistan  pun semua ketawa.

Dalam komuter, fuhh. Menguji keimanan. Dengan kepanasannya, bau2nye. haha. Makcik tadi tu selamat daripada seksaan ni. Masing2 diam,tunggu sampai ke destinasi yang ingin dituju. Namun, tiba2. *sambil jantung dug dig dug..ada lah sorang cewek ni (namanya dirahsiakan),hehe..dia tiba2 macam nak rebah tym dgr je "stesen Seputeh". Yela, sebabnya dia dah bajet akan terus sampai ke Mid. Jap lagi ada satu lagi stesen Seputeh. Maka, datanglah satu cahaya PUTIH mungkin yang melintas, lalu dia pun hampir pitam. Oh, kitorang dah panik.

Eh, cewek ni kawan kami ni. Kawan kami. Yang lain kat dalam dah tertoleh2. Alemak, panik oh! Aku pun men redah je urut bahu dia. Janganlah dia pengsan. Yang tak boleh handle, dia macam nak landing kat orang depan dia. Macam nak muntahkan kat baju orang tu. Oh, orang tu dah giler paniknya. Baju aku wey,baju aku ni. Mungkin, dia berkata di dalam hati. Cewek tadi tu terduduk sebentar. aku still redah urut. Tak lama kemudian, seb baik cewek tadi dah okie. Alhamdulillah, sebelum masuk tu kitorang relax2 dulu kat bangku sebelum masuk.

Then, dah okie jer.. taddaaaa. kitorang pun masuk la ke dalam. Tapi kan, tym kat dalam tu, aku dah rasa macam Hari Baby Sedunia pula. Toleh kanan nampak bayi, toleh kiri nampak bayi..OH, geramnya melihat kecomelan2 mereka. Rasa jeles je tengok ibuk2 bapak2 yang bawa baby tu.. Serius, lain tengok air muka diorang. Kebahagiaan yang terpancar tu lain. Lebih bersinar daripada pancaran laser kat muka KFCM di gawang gol..

Oh ya, aku dapat pun satu buku ni yang aku cari2 kat POPULAR sebelum ni tapi tak jumpa. Mula2 g kaunter kat MPH tu.

"Kak, kat mana nak dapatkan buku Bercinta Sampai Ke Syurga?

Akak tu guna "GPS" utk cari buku tu. haa.

Yes, dah jumpa rak bukunya. Tergedik2 excited aku nampak buku tu. Oh, inilah bukunya ye yang hero dalam drama Hani tu baca? Yang dia kata best tu?


Aku belek2. Erm, best2.

So, skang ni masih lagi membaca. Menghayati. Cewahh. Nanti dah abez baca, aku share part mana yang aku suka eyh. Yela, sharing is caring kan?

Oh ya, balik tu..tym naik komuter kitorang dapat pun masuk koc merah jambu. EisHhh,seperti biasalah,ada je laki2 yang tak reti bahasa. Sengaja buat2 rabun tak nampak tulisan LADIES tu. Entah macam mana, aku tercakap "Merah jambu hanya untuk wanita".. Nak cakap kat kawan, tapi laki kat depan toleh. Eh, pedih ke ulu hati tu bang? haha.

Ehh2.. okiela. Nak buat air Oligo..Tetiba nak jadi kanak2 sekejap makan koko krunch ngan Oligo. Hehe.