Pages

Monday, November 29, 2010

KALI PERTAMA

Hehe. Apa kisahnya dengan tajuk yang ingin dibicara?

Oishh. Tetiba aku rasa rindu mau story pasal kilang kesayangan aku. KESAYANGAN ker? Ni cerita dolu-dolu punyerla. Tak percaya? Tak PERCAYA aku pernah jadi minah kilang? Haa? Tula, aku pun dah mula percaya. hehe.

Kalau dolu-dolu time berkumpul ramai-ramai ngan kengkawan, time ditanya nak keje ape, mesti jawapan keje kilang tu tak nak cakap. *sengih gedik*

Tapi,abez je SPM... tup2 aku ter join la kengkawan (hampir satu bas kawan2 itu). hehe. Yela, dah bosan duduk rumah asyik2 mengabehkan boreh je, abezkan karen letrik tv la radio laa.. so, dengan rasa reti bahasa aku pun join la diorang untuk berkerja di sebuah kilang. Wah, best taw nama dia. komersial giteuw.

VENTURE

Sehebat namanya, sehebat itulah kilangnya. haha. Ha, nak kutuk! kutuk! Oishh. taknak lah kutuk2. tak remajalah kutuk2. *terima kasih VENTURE! tanpamu, hidupku tak berduit dan berpengalaman serta memiliki teman2 yang baru. hehe.

Kisahnya bermula begini..........
*hampir2 lupa,tapi.... toink2. oh, masih mengingati jua... =)

Pagi2 lagi aku dan kengkawan da tunggu bus kat simpang tiga jalan. Pagi2 suboh kot time tu. Pukul 6 lebih pagi. haha. *Oh, gigihnya mau mencari rejeki.

Tapi ntah macam mana, bus tu datang mengambil kitorang dalam pukul 8 lebih! Ceh, hati geram ni. Tapi nawaitu still lagi ni nak pergi interview kat kilang. Maka, berwajah gigihlah kami menaiki bus yang pada hemat kami sangat uzur ye ketika itu. Ye, uzur keadaannya. Uzur sistem enjinnya. *Ceh, harap body bus je cantik, tapi bila dah bergerak, hampeh. Sampai sakit2 badan2 kami yang muda remaja ketika itu. Oh, dan ketika ini. *Ha, kutuk! kutuk ! Err, bukan kutuk la. hehe. mengadu jerr. c(=

Then, dah sampai je,tak boleh terus masuk dulu. Kena berkumpul depan gate utama kilang tu. Ambil borang dan isi dahulu.

Oh, sekali kami gigih ye. Gigih bila ramai2 mengisi borang sambil duduk2 di tembok2 tepi pagar, juga berdekatan dengan parit. So, siapa cakap kami tak pernah jadi muka tembok? haha. Dialog2 yang aku masih ingat time tu.

"Wey2, dah siap isi nak bagi kat sape?"
"Bagi kat tempat meja sana tu kot. Takpun tanya kat abang tu. Eh, nak panggil abang ke? Kang marah pulak dia bila kita panggil abang?"
"Dah tu? Nak panggil akak?
"Ye tak ye jugak. Panggil cik jela.
"A'ah ek.

Hahaha. Kami sangat confuse ketika itu berhadapan dengan orang yang mengalami krisis identiti. Maka, terciptalah dialog spontan sebegitu.....

Time interview, aku tengok ramai yang keluar masuk toilet. Cuak oh masing2, termasuklah aku. Yela, first time tu aku masuk kilang dan datang nak interview untuk bekerja! Memang la gitu perasaannya. *Eleh macam aku sorang je macam gitu. kata tadi kawan2 yang join hampir satu bus. Aaaa.. diorang pun same macam apa yang aku rasa la. hehe.

Ingatnye susah sangat interview tu. Ceh, kacang dal je rupenye. Penat je nerveous2 nih. *Ha, berlagak! berlagak! Er, bukan berlagak,cuma menzahirkan perasaan yang sebetulnya je....

Nak tahu bagaimana saya diinterview? Tekan INGIN TAHU dan hantar ke 32999. haha

Aku cuma perlu menyelesaikan nombor yang ditambah dalam bentuk lazim dan kemudian ditanya mau keje shift malam ataupun siang. Maka, berdasarkan kesepakatan bersama kengkawan sebelum ke meja temuduga, aku dengan wajah riangnya mengatakan shift MALAM.



Mudahnya! semudah ABC yang dimakan bila dibelanja ye. =p

Maka....

Bermulalah kerjaya saya sebagai gadis kilang..

Mula-mula tu agak payah la untuk menyesuaikan diri seperti burung hantu. Tidur siang, berjaga waktu malam. Tapi, demi mencari rejeki, kami gigih! haha. Yela, gaji lumayan kot time tu lagi2 bila shift malam tuh. Tapi best, nak pergi kerja naik bus ramai2. Tapi bila dah masuk kat tempat keje, takdenye kami disatukan. Masing-masing berpecah. Besar kot kilang tu. Nak jumpa pun time rehat la. Ha, rehat time shift malam tu pukul 2 pagi ye, iye...2 pagi. Time tula nak makan, nak minum, nak reply messages pakwe,kawan, ibu, ayah, sedara-mara, jiran tetangga dan kucing-kucing jiran..... Normal la kalau mereka mesej pukul 8 malam, aku reply pukul 2 pagi. Tarahal da keadaan tu. haha. Ceh, macam HOT je ramai orang nak mesej aku. Ha, time rehat pulak, kena cepat2. Tak buleh nak jalan macam model. Tak sempat pun nak control macho ke ayu ke. Tak Tak. Tak sempat. Kalau lambat je, maka lambat la anda boleh makan. Nak bayar kat kaunter, nak beraturnya tu.. haila halia.. boleh tidur nyenyak menunggu giliran. Kiranya sempat sangat lah nak mereply 372 mesej2 orang tersayang. haha.

Time rehat, kena minum nescafe, hilangkan rasa ngantuk, segarkan mata. Then, beli la asam2 ke gula2 ke. Makan time bekerja. Penting tu! c(=

Time kat line, banyak kali la aku yang sebagai pekerja sementara ni ditukar tempat. Macam2 aku buat, dan pelbagai manusia dan ragam yang aku temui. Ada kat satu line ni, ada satu gangguan. Time aku nak gi solat isyak ngan suboh je ada je laki tu tegur. Oish,kalau tegur dari jarak jauh still rasa selamat lagi. Ini tak,aku balik je nak masuk dalam line semula,laki tu jalan belakang. Mananye aku tak takut cuak, laki tu banyak tatoo! Muka menyeramkan walaupun berkulit putih. Kata akak2 kat tempat line aku, laki tu laki Sabah, tak beragama. So, tu yang aku takut lagi time dia tanye aku baru balik dari surau ke?pastu datang kat line aku mintak no. Selama aku tercampak kat line tu, selama itulah aku tak rasa selamat. Tapi alhamdulillah, tak lame pun aku kat line tu. seminggu je. Fuh, seminggu pun azab!

Itu cerita seram pertama, seram yg lain pun ada. Seram yang macam mana? Seram bila ada pengkid layan aku lain macam. Bertambah seram bila member dia cakap pengkid tu minat kat aku. OMK! itu sudah melanggar fitrah manusia. Tapi tak lame. Mujur. Mujur. Hanya 3 hari je.

Tapi jodoh aku dengan VENTURE tu tak lame pun. Sebulan je. Hampir sebulan. Lepas terima je gaji, aku terus zuPppppPp. Gitu bunyiknya.... ye, mungkin begitu.

Mengapakah? Kenapakah? Apakah yang telah terjadi?

Ceritanya macam ni.

Ade la satu perkhabaran yang sangat HOT mengatakan bahawa toilet wanita kat kilang tu ade wanita Vietnam yg mati bunuh diri! Fuh, HOT cerita itu sehinggakan aku takut nak ke toilet time pagi2 suboh. So, dengan berat hatinya....aku pun meninggalkan VENTURE tanpa kerelaan hati yang ikhlas.


P/s: Oh,ya. aku mungkin akan cerita tentang kilang kedua aku. Oh, mungkin kilang yang terakhir untukku. hehe

No comments:

Post a Comment