Pages

Monday, November 29, 2010

GaYa Jalan Ali Baba

Dalam filem klasik Melayu Ali Baba dan 4o Orang Penyamun, Aziz Satar berlakon watak Ali baba yang miskin mjd kaya krn mdapat satu peti wang emas daripada gua simpanan penyamun lakonan P. Ramlee.


 Selepas sahaja menyorokkan semua wang itu di dalam tanah dan mengarahkan isterinya, Norsiah memulangkan pot gandum yang dipinjam drpd Kassim baba.

Ali baba mula berangan-angan.

Dia mula berlagak berjalan seperti orang kaya. Dia mula mengubah gaya jalannya tidak seperti dulu. "Saya sudah menjadi org kaya, saya msti tukar saya punya jalan,"


Dengan mencuba beberapa cara berjalan, akhirnya Ali baba berlagak dengan berjalan seperti org kaya dgn meletakkn tangan kanannya di belakang sambil makan capati di dapur.

Sebenarnya, sukar diterangkan bagaimana estim kendiri seseorang itu berkait rapat dgn cara mereka berjalan. Di dalam The Count of Monte Cristo, Dumas menulis gaya berjalan Fernand yg kecewa gagal memikat hati Mercedes. Gaya jalan seorang itu bnyk mnunjukkan estim kendiri dan bagaimana dia memperlihatkan dirinya pada orang lain.

Dalam Ali baba dan 40 org pnyamun, gaya berjalan Ali baba sbelum menjadi kaya berbeza dengan jalannya slepas mjadi kaya. Sebelum mendapat emas, dia berjalan longlai tidak bermaya. Tetapi slepas mmperoleh emas, Ali baba berjalan dgn lbih yakin dan segak.....


P/S: Jalan ke depan..

No comments:

Post a Comment